Kepentingan Pertanian di Malaysia
a. Pengeluaran bahan makanan
·Memenuhi keperluan bekalan makanan penduduk
·Kurang kos import bahan makanan
·Memenuhi keperluan keselamatan negara
·Bahan mentah untuk keperluan industri
·Contoh : getah – tayar ; kelapa sawit – minyak masak dll.
c. Pendapatan eksport
·Jualan hasil pertanian seperti getah, kelapa sawit, koko dll.
·Sumber aliran masuk wang asing
·Meningkatkan KDNK Negara
d. Peluang pekerjaan
·Melibatkan bilangan tenaga kerja yang besar
·Tiga kumpulan utama pekerjaan bidang pertanian ialah kumpulan pengeluaran, perkhidmatan dan pembuatan
Tanaman | Kawasan utama |
Kelapa sawit | ·Johor (Rancangan Johor Tenggara, Rancangan Johor Selatan, Segamat) ·Pahang (Jengka, Pahang Tenggara) ·Perak (Teluk Intan,Sungai Siput, Trolak) ·Selangor (Klang, Kampar, Batang berjuntai) ·Sabah (Sandakan, Lahad Datu, Tawau) |
Getah | ·Johor, Pahang, Perak, Kedah, Perlis, Sarawak, Sabah |
Koko | ·Perak (Teluk Intan) ·Selangor (Sabak Bernam) ·Johor (Batu Pahat, Muar) |
Kelapa | ·Selangor (Sabak Bernam) ·Perak (Teluk Intan,Bagan Datoh) ·Johor (Batu Pahat) ·Sabah (Lahat Datu, Tawau, Kudat) ·Sarawak (Mukah, Kucing) |
Padi | ·MUDA (Kedah-Perlis) ·Dataran Kelantan ·Seberang Perak ·Krian-Sungai Manik ·Barat Laut Selangor |
Sayuran | ·Cameron Highlands, Banting, Lembah Kinta, Wakaf Stan dan Kundasang |
Buah-buahan | ·Durian – Batu Kurau, Bukit Gantang, Segamat ·Rambutan – P. Pinang, Muar ·Limau – Jerantut, Ulu Terangganu ·Limau bali – Ipoh |
Teh | ·Teh tanah tinggi – Cameron Highlands dan Kundasang ·Teh tanah pamah – Banting dan Bukit Cheding |
Tebu | ·Kedah (Padang Terap) ·Perlis (Chuping) |
Kopi | ·Kedah – Kopi Robusta ·Cameron Highlands – Kopi Arabica |
Florikultur | ·Cameron Highlands, Johor, Perak ,Selangor |
Lembu dan Kerbau | ·Kedah, Kelantan, Sabah, Pahang |
Kambing & biri-biri | ·Kelantan, Kedah, Perak, Negeri Sembilan |
Ayam | ·Pulau Pinang, Perak, Johor, Selangor, Prai |
Khinzir | ·Negeri Sembilan, Perak, Selangor, Sarawak |
Faktor yang mempengaruhi taburan tanaman dan ternakan
a. Faktor Iklim
·Kawasan tanah pamah/rendah – suhu tinggi sesuai untuk tanaman getah, padi dll.
·Kawasan tanah tinggi – suhu rendah sesuai untuk tanaman kubis, tomato dll.
·Ternakan baka tropika sesuai diternak di Malaysia.
b. Faktor Sejarah
·Zaman sebelum penjajahan Inggeris – tanaman sara diri seperti padi, kelapa dll.
·Zaman penjajahan Inggeris – getah dan kelapa sawit.
- Imigran Cina membawa masuk ayam dan khinzir
- Imigran India membawa masuk lembu LID
·Selepas merdeka pelbagai tanaman diusahakan
c. Faktor Ekonomi
·Pasaran dan infrastruktur mempengaruhi taburan tanaman dan ternakan
·Pasaran perlu ada untuk memudahkan hasil dipasarkan.
·Infrastruktur ialah kemudahan dan perkhidmatan asas (pengangkutan, bekalan elektrik, air dll.) untuk membangunkan sektor pertanian.
d. Faktor Dasar Kerajaan
·Kerajaan melancarkan DPN dan RRJP3
·Peningkatan pengeluaran makanan dengan cara pembukaan kawasan baru dan guna tanah secara intensif.
·Peningkatan kecekapan dan produktiviti sektor pertanian
·Memaksimumkan pendapatan melalui penggunaan sumber secara optimum
·Kerajaan telah memajukan semula sektor pertanian secara sistematik
Trend Pertanian Di Malaysia
a. Mempelbagaikan tanaman dan ternakan
·Matlamat - untuk mengelakkan negara bergantung kepada satu jenis tanaman atau ternakan sebagai punca pendapatan.
·Faedah - menambah dan mempelbagaikan jenis tanaman dan ternakan
- menambah pendapatan petani
- mempelbagaikan ekonomi negara
- meluaskan pasaran hasil pertanian
·Bidang usaha yang berpotensi maju – lebah madu, daging rusa, burung unta, puyuh, buah-buahan, sayur-sayuran dan tanaman herba.
b. Pertanian berorientasikan eksport dan komersial
·Matlamat - untuk mendapatkan pendapatan eksport
- untuk memperolehi tukaran wang asing
·Bidang usaha yang berpotensi untuk dieksport – belimbing, manggis, jambu batu, petola segi, keledek, serai, orkid, kekwa dan ros
·Masalah pemasaran:
- Cukai import lebih tinggi
- Persaingan dengan hasil serupa dengan keluaran negara pengimport
- Kos penghantaran yang tinggi
- Bentuk sekatan seperti peraturan kasihatan, keperluan sijil import dan keperluan pembungkusan
c. Hubungkait pertanian dengan pelancongan
·Agrotourism merupakan program pelancongan berasaskan pertanian
·Contoh program agrotourism seperti homestay, farmstay, hutan rekreasi dan kolam memancing ikan.
·Kaedah untuk memajukan sektor agrotourism secara mengadakan ladang komersial, lebuhraya merentasi kawasan perladangan, muzium atau taman pertanian dan promosi melalui media massa.
d. Hubungkait pertanian dengan landskap
·Landskap - pemandangan di atas daratan termasuk bentuk muka bumi, bangunan, jalanraya dan tumbuh-tumbuhan
·Perlandskapan - kegiatan merancang, merekabentuk dan menguruskan landskap untuk tujuan rekreasi, keselesaan dan keselamatan manusia
·Tujuan - menghasilkan pemandangan yang menarik, nilai estetika dan mendapatkan hasil yang lumayan
·Contoh - getah dan kelapa sawit ditanam berdasarkan susunan dan corak tertentu.
e. Ladang kontrak
·Perladangan yang melibatkan perjanjian secara rasmi di antara pengusaha pertanian dengan pembekal (pembeli/penyedia modah)
·Tujuan - mengurangkan risiko kerugian dan menyediakan pasaran hasil pertanian yang tetap
·Faedah:
Pengusaha Pertanian | Pembeli |
- Tidak bimbang pemasaran hasil - Tidak memerlukan modal yang banyak bagi memulakan perusahaan - Mendapat latihan, khidmat nasihat dan kemudahan lain dari pembeli | - Mendapat bekalan pada masa ditetapkan - Mendapat bekalan pada harga dipersetujui - Mendapat bekalan mengikut kuantiti dan kualiti yang ditetapkan |
·Contoh ladang kontrak - ayam pedaging untuk restoran KFC, ikan keli dan siakap untuk restoran dan bunga untuk hotel
f. Penggabungan ladang kecil
·Ladang kecil digabung menjadi ladang kelompok atau ladang bersaiz besar seperti mini estet
·Contohnya ladang getah, kelapa sawit dan sawah padi
·Mempastikan keberkesanan penggunaan sumber sedia ada
·Agensi pertanian seperti LPP membekalkan input pertanian dan pemasaran
·Ahli menjaga dan menguruskan ladang mereka
·Tujuan - meningkatkan produktiviti ladang dan pendapatan petani melalui
pembangunan komoditi dalam jumlah yang besar dan tersusun.
g. Perhutani
·Maksud - Kegiatan pertanian dan perhutanan dibangunkan bersama-sama
- Beberapa jenis tanaman yang sesuai digabungkan dalam satu kawasan
·Tujuan - memberi perhatian kepada masalah kekurangan sumber pengeluaran seperti tanah, buruh dan modal
·Contoh – tanaman rotan di dalam kebun getah, ladang pokok jati dan sentang
·Manfaat integrasi pertanian dan perhutanan:
- Mewujudkan ruang untuk gabungan perusahaan perhutanan dan pertanian.
- Mengoptimumkan penggunaan sumber terutama tanah.
- Menyokong pelbagai perhubungan simbiotik seperti penanaman spesis pokok hutan dengan tanaman industri pertanian.
- Membolehkan pengeluaran hasil pertanian dan perhutanan dari tanah yang sama.
- Mengurangkan permintaan untuk tanah pertanian yang baru.
- Meningkatkan pendapatan dari pelaburan.
Isu Pertanian Di Malaysia
a. Produktiviti
·Kecekapan menggunakan input pengeluaran untuk mengeluarkan hasil yang maksimum.
·Kekangan meningkatkan produktiviti sektor pertanian:
i. Sektor pertanian tidak diusahakan dengan cekap
- input tidak digunakan dengan cekap seperti baja digunakan secara membazir
dan penggunaan tenaga buruh yang tinggi
ii. Daya pengeluaran yang rendah
- permintaan kelapa tinggi tetapi pengeluaran rendah
- hasil rendah kerana menggunakan benih atau baka tidak bermutu
iii. Saiz ladang terlalu kecil
- keluasan yang kecil menyukarkan penggunaan teknologi dan amalan yang
ekonomikal
- hasil rendah
iv. Kurang penggunaan teknologi yang lebih berkesan
- petani kurang menggunakan teknologi moden
- cara meningkatkan produktiviti – pekebun kecil menggunakan klon-klon getah
baru, teknik penorehan ‘puncture tapping’ dan sistem pengairan moden dalam
penanaman sayur-sayuran.
v. Perubahan cuaca dan iklim
- kesan cuaca seperti musim hujan dan panas menjejaskan produktiviti
·Langkah mengatasi kekangan produktivit/produktiviti rendah:
i. Ladang kelompok
- ladang-ladang kecil digabungkan untuk memastikan keberkesanan penggunaan sumber sedia ada.
- Ladang kecil digabung menjadi ladang kelompok atau mini estet
- Contohnya ladang getah, kelapa sawit dan sawah padi
ii. Perladangan campuran
- menanam lebih dari satu jenis tanaman dalam satu kawasan penanaman.
- dapat menambah pendapatan petani
contoh : menanam pisang dalam kebun kelapa atau kebun getah dan menanam koko dalam kebun kelapa sawit
iii. Penggunaan teknologi
- kaedah kultur tisu dapat menghasilkan lebih banyak bahan penanaman yang berkualiti dan tahan penyakit dalam masa singkat.
- guna jentera atau teknologi pengairan titisan dan percikan
iv. Mengadakan program latihan dan bimbingan kepada petani.
b. Ketidakstabilan harga
- Pengeluaran hasil sukar disesuaikan dengan permintaan pasaran.
- Hasil pertanian cepat rosak dan teknik penyimpanan terhad menyebabkan hasil
pertanian tidak dapat disimpan sementara menunggu harga meningkat.
- Kos pengeluaran semakin meningkat membebankan petani.
- Bekalan yang berlebihan juga menyebabkan ketidakstabilan harga.
- Langkah mengatasi ketidakstabilan harga:
- Memproses hasil tanaman seperti cili dijadikan sos
- Agensi kerajaan membeli hasil yang berlebihan
- Menghapuskan penggunaan orang tengah
- Memperkenalkan harga minimum terjamin / harga siling
- Mencari bahan alternatif baru untuk makanan ternakan
c. Penyebaran Dan Pengamalan Teknologi Baru
·Teknologi baru penggerak negara mengeksport lebih banyak bahan pertanian.
·Amalan teknologi baru seperti pertanian persekitaran terkawal dan penanaman sayuran secara fertigasi
·Cara mengatasi masalah penyebaran dan pengamalan teknologi baru :
- mengadakan lawatan ke kebun
- memberi penerangan, kursus dan bimbingan secara berterusan
- penggunaan media massa secara meluas / kempen
d. Pendidikan Dan Latihan
·Melahirkan petani dan penternak yang berdaya maju dan inovatif.
·Kementerian Pertanian menjalankan program latihan dan bimbingan, penyelidikan dalam teknologi makanan dan industri herba berasaskan pertanian.
·Cara mengatasi masalah kekurangan pendidikan dan latihan
- menggiatkan aktivti latihan untuk petani
- memperbanyakkan penyelidikan dan menggiatkan pengembangan
- memperbanyakkan pusat latihan/institusi latihan pertanian
e. Penghijrahan Penduduk
·Hijrah dari desa ke bandar
·Kerana faktor:
i. Sosial – gaya hidup di bandar, mobiliti sosial dan infrastruktur moden
ii. Ekonomi – pendapatan yang kurang lumayan / rendah di desa, pertanian banyak risiko
·Kesan penghijrahan – pertanian tidak dapat diusahakan secara efisien
·Langkah mengatasi penghijrahan penduduk
- membawa industri ke desa / buka kilang di desa
- menggalakkan belia berkelulusan pertanian mengusahakan pertanian secara professional dan komersial
f. Pencemaran Alam Sekitar
· Punca pencemaran:
- sisa bahan pertanian contohnya sisa getah dan kelapa sawit
- sisa toksik dari racun makhluk perosak
- asap dari pembakaran
- pembuangan najis yang tidak terkawal dari industri ternakan
- penghasilan gas metana melalui pereputan sisa pertanian
- hakisan kawasan penanaman
·Cara mengatasi pencemaran:
- guna semula sisa pertanian untuk makanan ternakan dan medium penanaman
- guna kaedah biologi untuk merawat air tercemar
- penguatkuasaan undang-undang
- mengurangkan penggunaan racun perosak – rumah jaring kalis serangga, kawalan perosak bersepadu, kawalan biologi dan menanam secara organik
g. Kekurangan Buruh
·Punca kekurangan buruh:
- penduduk tempatan tidak berminat bekerja di ladang menyebabkan buruh asing dibawa masuk
- golongan muda berhijrah ke bandar
- pendapatan kurang lumayan
- pulangan pertanian rendah
- perusahaan pertanian berisiko
- perbezaan taraf hidup penduduk desa dan bandar
·Langkah-langkah mengatasi kekurangan buruh :
- Penggunaan teknologi baru
- Penggunaan mekanisasi ladang
- Aplikasi bioteknologi
- Pertanian persis (tepat)
- Gunakan tenaga buruh asing
- Menyediakan suasana kerja yang menarik untuk menarik pekerja tempatan
Peranan institusi dalam pembangunan pertanian
a. Menyediakan infrastruktur
·Sistem pengairan dan saliran, sistem jalan raya, sistem komunikasi, bekalan elektrik dan air
·Institusi terlibat JPS, FELDA, RISDA, JKR, TNB
b. Menjalankan penyelidikan dan pembangunan
·Meliputi pengeluaran, lepas tuai dan aktiviti hiliran (pemprosesan, penyimpanan, pembungkusan,pengangkutan)
·Institusi terlibat seperti MARDI, RRIM, MCB, Guthri, Sime Darby
c. Memberi khidmat nasihat dan latihan
·Lawatan dan latihan oleh agen pengembangan
·Institusi terlibat seperti Jabatan Pertanian, JPH, LPP,RISDA,
d. Menyediakan peluang pekerjaan
·Penyelidik, pegawai pengembangan, perunding, agen pemasaran
· Institusi terlibat seperti MARDI, RRIM, LPP.
e. Menyediakan bantuan kewangan
·Perkhidmatan memberi kredit
·Institusi terlibat seperti BPM, LPP, Jabatan Pertanian.
f. Membuat penyeliaan
·Menentukan prosedur dan undang-undang dipatuhi (penggunaan racun, pencegahan penyakit, pemeriksaan mutu hasil pertanian)
·Institusi terlibat seperti Jabatan Pertanian, JPH, MPOB, BERNAS,
g. Membantu pemasaran hasil
·Mendapatkan pembeli, menyediakan kemudahan pemprosesan, penyimpanan, pengangkutan dan pemasaran.
·Institusi terlibat seperti FAMA, MARDEC, LTN, BERNAS.