skip to main | skip to sidebar

Pages

  • Muka Depan
  • KH PILIHAN 1
  • KH PILIHAN 2
  • KH PILIHAN 3
  • Video

Kemahiran Hidup

10 makanan anti kolestrol

01:50 | Publish by Cikgu Normah

10 Jenis Makanan Anti Kolestrol

Berikut adalah 10 jenis makanan yang mempunyai ciri-ciri tersebut:

1. SOYA


Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian. Ia juga dpt menghindarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)


2. KUACI

Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.




3. BUAH KERING

Antara pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam the, brokoli, tomato, bawang serta delima.






4. EPAL

Memakan sebiji epal hijau@ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dan kemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dlm badan.





5. IKAN TUNA

termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.




6. KACANG TANAH

Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.






7. MANGGA


Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh.






8. KISMIS

Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.





9. OAT

Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.





10. JAMBU BATU

Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai.

Labels: Makanan 0 comments

Resepi KEK

18:43 | Publish by Cikgu Normah

Kek Coklat Lembab- Kukus

Bahan-bahan ( size loyang 18cm )
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/4 cwn serbuk koko van houten
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 kotak susu coklat (250ml)
  • 2 biji telur (size M)
  • 1 cawan gula halus
  • 1/2 cawan butter
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cawan minyak masak dan esen vanila
  • TOPPING
  • 3-5 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cawan serbuk koko van houten
  • 2 sudu besar butter
  • 2 sudu besar susu segar
Cara-cara
  1. Pukul telur,gula dan butter sampai kembang. Kemudian titiskan esen vanilla dan pukul lagi.
  2. Ayak tepung, serbuk koko dan baking powder.
  3. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur. Kaup balikkan.
  4. Masukkan susu kotak,susu pekat,minyak dan gaul sebati.
  5. Masukkan dlm loyang yg telah dilengser minyak/marjerin. Tutup dengan aluminium foil..Then kukus 45min...Dah masak sejukkan.
  6. Untuk topping...campurkan semua bahan dan masak secara double boiler. kenudian boleh curahkan kat atas kek yang dah sejuk tadi.. Hiaslah apa yang disuka...Pastu simpan dlm peti sejuk beberapa jam sebelum dipotong.
Kek coklat lembab ( kek cawan)


Bahan-bahannya
  2 cawan tepung gandum
  2 sudu kecil baking powder
  1 sudu kecil soda bikarbonat
  1 cawan serbuk koko
  4 sudu besar susu tepung
  2 1/2 cawan air sejuk (dari peti ais)
  2 cawan gula perang
  2 sudu kecil esen vanilla
  1 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
  secubit garam
  1 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung atau mentega cair
  2 sudu kecil cuka atau jus lemon
Cara Penyediaan
  Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
  Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
  Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
  Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
  Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.
  Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.

Resepi Kek Coklat Moist.


Bahan-bahannya
2 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 cawan minyak jagung
¾ cawan serbuk koko
1 cawan air panas
1  cawan  yogurt
1 camt  serbuk penaik
1 camt soda bikabonat
2 biji telur ( 3 biji telur saiz kecil)
1 camt essen vanilla
1 camt garam

Cara-caranya
1. Ayak tepung, serbuk penaik, soda bikabonat dan  serbuk koko.
2. Kacau gula, air panas, yogurt, essen vanilla, garam dan telur hingga larut.
3. Perlahan lahan masukkan tepung dan minyak bergilir-gilir.
4. Masukkan dalam acuan kek panas yg telah di sapu mentega dan di alas dengan kertas minyak.
5. Bakar selama 45-50 minit pada suhu 180 darjah C.
6. Boleh di kukus jika suka.

Topping
1 keping cooking coklat (250 g )
1 sudu makan butter.
2-3 sudu besar susu cair/whipping cream/double cream

Caranya
Masak kesemua bahan gunakan kaedah double boiler hingga cair. Tuangkan atas kek semasa kek sejuk.

Labels: Masakan 0 comments

Resepi Pilihan

08:50 | Publish by Cikgu Normah

PENGIRAAN KOS HIDANGAN SEPINGGAN LENGKAP




HIDANGAN SEPINGGAN LENGKAP


1.Pengenalan

Hidangan sepinggan lengkap ialah satu hidangan yang seimbang dan mengandungi semua jenis nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan. Nutrien seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan garam mineral terdapat dalam satu hidangan dengan kadar yang berpatutan. Biasanya hidangan ini disediakan dalam satu pinggan atau satu pinggan dan satu mangkuk. Contohnya nasi ayam, di mana nasinya dihidangkan di dalam pinggan dan kuahnya pula dalam mangkuk yang berasingan. Hidang sepinggan lengkap boleh dihidangkan sebagai hidangan utama atau hidangan sampingan. Kelebihan hidangan ini ialah mempunyai khasiat yang mencukupi, mudah disediakan dan dimasak, menjimatkan masa dan tenaga serta boleh dihidang secara peranggu meja atau berpek.
                                                                           burger
                                                                     mee goreng
                                                                          nasi ayam
                                                                            nasi goreng
                                                                            nasi lemak
                                                                      sandwish

Jenis hidangan sepinggan lengkap boleh dibahagikan mengikut cara timur, cara barat dan budaya serempat. Hidangan sepinggan lengkap cara timur sangat popular di negara kita. Hidangan seperti nasi lemak, mi goreng, nasi goreng dan sebagainya sentiasa dihidang sebagai sarapan atau bekalan ke sekolah, pejabat atau semasa berkelah. Budaya makanan kita telah banyak dipengaruhi oleh makanan cara barat contohnya burger, piza, sandwic, makaroni dan sebagainya. Budaya setempat juga banyak mempunyai makanan istimewanya seperti negeri Johor terkenal dengan lontong dan laksa Johor, negeri Kelantan pula popular dengan nasi kerabu, negeri Perlis dengan laksa Perlis dan sebagainya.

2.Contoh hidangan secara timur.
Mee Kari 
Bahan untuk kuah;
8 ulas bawang putih } 
3 sudu besar cili kering } 
1 inci halia } kisar 
10 biji bawang merah } 
minyak masak
5 sudu besar serbuk kari daging
2 biji kelapa (ambil santan)
tulang lembu / ayam (direbus empuk)
sedikit gula
garam
daun kari
Bahan lain.
500 gm mee kuning - dicelur 
Tauge - dicelur 
bawang goreng 
fish cake - dipotong 
telur rebus
kerang - 1/2 masak
Tauhu - digoreng 

(jika suka boleh di tambah sambal tumis.)
Cara membuat;

1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang telah dikisar bersama daun kari.
2. Masukkan rempah kari daging dan masukkan sedikit air - biar
asak rempah.
3. Masukkan tulang lembu bersama sedikit air rebusan.
4. Apabila telah mendidih, masukkan santan, gula, garam, kerang 1/2 masak dan fish cake.
5. Biar seketika dan suaikan rasa - angkat.
6. Celur mee dan toskan.
7. Masukkan mee ke dalam pinggan, masukkan semua bahan iringan dan kuah...siap untuk di makan.

3. Contoh Hidangan Sepinggan Lengkap secara barat(Makaroni Goreng) Dan Jus Tembikai.

Hidangan ala barat ini sesuai dihidangkan sewaktu mengadakan majlis hari lahir untuk ibu atau untuk keluarga yang lain. Berikut adalah contoh gambar Makaroni Goreng.
Makaroni Goreng

Bahan-Bahan Yang Digunakan Untuk Membuat Makaroni Goreng Dan Jus Tembikai.
perancangan kerja : Senarai ramuan untuk menyediakan hidangan untuk dua orang.

a. PILIHAN MASAKAN RAMUAN UTAMA

Makaroni Goreng 
100 gm macaroni
50 gm tauge
60 gm daging ayam
60 gm udang kecil
50 gm sayur campuran
dingin beku
3 camca besar minyak masak
1 camca teh gula
2 camca besar sos tomato
3 camca besar sos cili
¼ camca teh garam
Bahan tumis (tumbuk):
4 biji cili merah
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih

Bahan hiasan:
1 biji cili merah (mayang)
1 biji limau kasturi

KAEDAH MEMASAK
Merebus dan menggoreng

b. PILIHAN MASAKAN RAMUAN UTAMA


Jus tembikai
1/6 biji tembikai
½ cawan air gula
1 gelas air masak
1 cawan ais kiub


4. Kos Pengeluaran Untuk Menyediakan Sepinggan Makaroni Goreng Dan Jus Tembikai.

Pengiraan kos bertujuan untuk mengetahui jumlah kos sesuatu hidangan. Kos pengeluaran mengandungi kos bahan, kos upah dan kos overhed. Kos bahan terdiri daripada kos bahan kering dan kos bahan basah. Kos upah ialah kos bayaran tenaga kerja untuk memasak hidangan dan kos overhed merupakan perbelanjaan selain daripada kos bahan dan kos upah. Formula untuk mengira kos hidangan adalah seperti berikut;

Kos Pengeluaran (kos sajian) = Kos bahan + Kos upah + Kos overhed (kos sampingan)

Pengiraan Kos Pengeluaran Untuk Menghasilkan Sepinggan Makaroni Goreng Dan Jus Tembikai

A. Kos bahan. Bahan Kuantiti Kos seunit(RM ) Jumlah (RM)

Bahan Kering: Makaroni 100 gm 8.00 / kg 0. 80
Bawang merah 5 ulas 3.00 / kg 0. 20
Bawang putih 4 ulas 2.80 / kg 0. 10
Sos tomato2 camca besar 2.80 / botol 0. 30
Sos cili 2 camca besar 3.00 / botol 0. 35
Minyak 3 camca besar 3.50 / kg 0. 20
Gula ½ cawan gula 1.60 / kg 0. 30
Garam ¼ camca teh 0.50 / peket 0. 05

Jumlah 2. 30

Bahan Basah: Daging ayam 60 gm 6. 30 / kg 0. 40
Udang 60 gm 5. 50 / kg 0. 30
Cili merah 5 biji 4. 50 / kg 0. 80
Tauge 50 gm 3. 50 / kg 0. 20
Sayur campuran 50 gm 5 .50 / kg 0. 25
Limau kasturi 1 biji 2. 40 / kg 0. 10
Tembikai 1/6 biji 3. 80 / kg 0. 50
Ais kiub 1 cawan 0. 50 / kg 0. 05

Jumlah 2. 60
Kos bahan = kos bahan kering + kos bahan basah
= RM 2.30 + RM 2.60
= RM 4.90


B. Kos upah
Masa untuk menyedia dan memasak Makaroni Goreng ialah 1 jam. Kadar kos upah untuk kerja yang dijalankan sendiri ialah RM 3.00 sejam.

Kos upah = Bilangan pekerja x masa x kadar upah sejam
= 1 orang x 1 jam x RM 3.00
= RM 3.00



C. Kos overhed atau kos sampingan
Kos sampingan yang terlibat untuk memasak Makaroni Goreng adalah seperti berikut:

Gas = RM 0.40
Air = RM 0.25
Elektrik = RM 0.15
________
Jumlah = RM 0.80
________

D. Kos pengeluaran / kos sajian untuk menghasilkan Makaroni Goreng dan air tembikai untuk dua orang

Kos sajian = kos bahan + kos upah + kos overhed
= RM 4.90 + RM 3.00 + RM 0.80
= RM 8.70

Kos sajian seunit = RM 8.704 /2
= RM 4.35

Labels: Resepi 2 comments

video bacalah anakku

08:01 | Publish by Cikgu Normah

Labels: video 0 comments

REZKI Jahitan

16:26 | Publish by Cikgu Normah

REZKI Jahitan Tudung

Permintaan terhadap tudung kian meningkat saban tahun, ini berlaku berikutan ramainya wanita-wanita yang bekerjaya seperti guru, pensyarah, doktor, kerani dan sebagainya. Tudung kini terdapat pelbagai bentuk, rekaan, corak samada terkini, lama, moden, fesyen dan sebagai..tetapi dalam islam setiap wanita wajib menutup aurat dan memakai tudung.




REzki Baju Kurung

Tidak lapuk dan ketinggalan zaman merupakan baju yang sering dipakai pada majlis formal dan tidak formal oleh golongan wanita tidak kira berbangsa melayu, cina dan india. Mendapat perhatian ramai kerana ramai yang gemar memakainya sesuai dengan semua majlis.



Labels: Jahitan 0 comments

Jahitan

23:26 | Publish by Cikgu Normah


JENIS-JENIS MESIN JAHIT


1) Mesin Jahit Tangan- Mesin jahit tangan adalah mesin jahit pertama diperkenalkan. Menggunakan tangan untuk memusingkan roda imbang.
                            

2) Mesin Jahit Kaki -Mesin jahit kaki merupakan penyelesaian masalah kepada mesin jahit tangan. Kedua2 tangan dapat berfungsi mengawal fabrik, manakala kaki digunakan untuk memusingkan roda imbang.


3) Mesin Jahit Elektrik- Mesin jahit elektrik digerakkan dengan kuasa elektrik. Masih menggunakan kaki untuk menekan pedal kawalan.


4) Mesin Jahit Elektronik- Mesin jahit elektronik merupakan mesin jahit terkini yang canggih. Mesin jahit ini boleh menjahit pelbagai jenis jahitan atau corak dengan hanya menekan butang tertentu.

Labels: Jahitan 0 comments

Masakan

23:25 | Publish by Cikgu Normah

PEMAKANAN DAN PENGURUSAN SAJIAN
Diet Seimbang ialah sajian makanan yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan dalam kadar yang betul.
Faktor Utama Dalam Merancang Diet Seimbang
1.    Umur
2.    Jantina
3.    Saiz Badan
4.    Kesihatan
5.    Aktiviti dan Pekerjaan
Piramid Makanan
·   adalah panduan bagi pemilihan makanan secara sihat.
·   mengandungi 5 kumpulan zat makanan berasaskan kandungan zat dan fungsinya.


PERANCANGAN MENU
1. Menu ialah satu senarai hidangan yang lengkap untuk suatu sajian.

2. Tujuan merancang menu:
a) menyediakan sajian seimbang yang mengandungi semua nutrien.
b) menyediakan sajian yang berkhasiat, menarik dan menyelerakan.
c) menjimatkan masa, tenaga dan kos penyediaan sajian.
d) menyediakan sajian mengikut anggaran belanjawan yang ditetapkan.
3. Faktor yang mempengaruhi perancangan menu:
a) jenis hidangan
b) kegemaran
c) perbelanjaan
d) sumber makanan semasa
e) kemudahan fizikal
f) sumber tenaga dan masa
g) kepelbagaian
h) keperluan
4. Prinsip Memasak mengenakan haba sama ada haba kering atau haba lembap pada makanan yang dimasak.

5. Tujuan makanan dimasak:
a) membunuh kuman
b) melembutkan makanan agar mudah dimakan dan dihadam
c) memberi rasa dan rupa pada makanan
d) menjadikan makanan tahan lama
e) mempelbagaikan bentuk sajian

6. Kaedah Memasak
i. Haba Lembap
a) merebus
b) mereneh
c) mengukus
d) merendidih
e) mencelur

ii. Haba Kering
a) mengril
b) menggoreng tanpa minyak
c) menggoreng minya penuh
d) membakar
e) memanggang
7. Perkara penting yang perlu diambil kira sewaktu merancang menu atau merancang sesuatu masakan:
• Tujuan hidangan (formal atau tidak formal)
• Kegemaran/Ketidak sukaan ahli.
• Keperluan (berkaitan kesihatan ahli)
• Keseimbangan sajian (warna, rasa, bahan, kaedah)
• Perbelanjaan (wang, bajet)
• Bilangan ahli keluarga.
8. Hidangan Sepinggan Lengkap
Hidangan Sepinggan Lengkap ialah hidangan yang seimbang yang mempunyai kandungan nutrien yang lengkap untuk tubuh. (nutrien ialah karbohidrat, protein, vitamin, lemak, garam mineral dan air)
Contoh:-
• Bagi cara orang timur – mi goreng, nasi lemak, nasi goreng
• Bagi cara barat – burger, sandwic, pizza
• Bagi masyarakat setempat – lontong, laksa johor, nasi dagang
• Minuman:-
- minuman berkhasiat: susu, koko, bijirin
- minuman menyegarkan: air buah, air botol atau tin.



9.  Alat kelengkapan dapur
- alat kelengkapan dapur seperti alas meja, kain dapur, gubahan bunga dan kad menu digunakan semasa menyedia, memasak dan menyaji makanan.
- makanan yang dihidangkan dengan alatan dan kelengkapan dapur yang sempurna akan kelihatan lebih menarik dan menyelerakan




Labels: Masakan 0 comments

Jenis Jahitan

23:25 | Publish by Cikgu Normah

Jenis Jahitan


JENIS-JENIS JAHITAN

Jahitan boleh dibahagi kepada beberapa kumpulan seperti berikut:
Jahitan Sementara
Jelujur sama panjang, jelujur panjang pendek, jelujur tegak, jelujur dan jahitan tanda
Jahitan Penyambung
Jelujur halus, jahit kia, jahit lilit ubi, dan jahit mesin.
Jahitan Pengemas
Sembat, Sembat Susup, lilit kemas, insang pari, jahit lubang butang dan silang pangkah
Jahitan Sulaman
Jahit rantai, jahit batang, jahit kuku kambing, simpul perancis, jahit padu, insang pari dan silang pangkah

Jahitan Sementara
http://ejahitanonline.tripod.com/titikimage.gif
Jahitan sementara terdiri daripada jenis-jenis jelujur. Ia akan ditanggalkan
apabila mata jahitan kekal dijahit.
http://ejahitanonline.tripod.com/titikimage.gif
Benang yang digunakan adalah lembut, halus dan mudah putus.
http://ejahitanonline.tripod.com/titikimage.gif
Pilih benang yang berwarna muda kerana ia senang kelihatan dan
tidak meninggalkan kesan diatas kain selepas dibuka.
http://ejahitanonline.tripod.com/titikimage.gif
Jahitan sementara biasanya dijahit dengan menggunakan satu lembar
benang kecuali jelujur tanda.
http://ejahitanonline.tripod.com/titikimage.gif
Jahitan boleh dikerjakan pada sebelah luar atau sebelah dalam
kain dari kanan ke kiri.
http://ejahitanonline.tripod.com/titikimage.gif
Jarum yang biasa digunakan adalah jenis yang tajam atau
antara yang halus.

Kegunaan Jelujur
Untuk memindahkan garisan-garisan pada pola kain
Misalnya jelujur tanda
Untuk menandakan kedudukan dan garisan-garisan pola
Jelujur tak sama
Jelujur panjang pendek
Untuk menetapkan kedudukan kelepet, kelim, kocek buat sementara
Jelujur tak sama
jelujur panjang pendek jelujur kasar
Untuk menetapkan dua atau lebih lapisan kain sebelun di mesin
Jelujur tegak
Jelujur serong

 

Menyusun Atur Pola Blaus.




Menyusun Atur Pola Blaus dan menggunting fabrik


Prinsip Menyusun atur pola. 
1. Tekan fabrik 
2. Kenal pasti S.L., S.D. dan corak fabrik 
3. Fabrik dibentang rata 
4. Susun atur pola besar dahulu 
5. Ira pola selari dengan ira fabrik 
6. Tanda lipatan - letak pada lipatan 
7. semat dengan peniti 
8. Gunting fabrik mengikut pola tanpa mengangkat fabrik. 
JAHITAN HIASAN
1. Tampal Hias


Tampal hias ialah tampalan satu atau lebih kepingan fabrik yang berbentuk atau kepingan motif daripada fabrik ditampal dan dijahit ke atas pakaian atau artikel.
2. Tampal Cantum



Tampal cantum ialah cantuman beberapa keping fabrik yang sama warna atau berlainan warna, corak, bentuk dan saiz untuk menghasilkan corak yang menarik. Kepingan fabrik dicantumkan dengan mata jahitan lilit ubi untuk menghasilkan satu motif atau gambar. Motif ini kemudiannya dijahit ke atas artikel atau pakaian sebagai hiasan. Tampal cantum juga boleh dijadikan artikel besar seperti selimut, kusyen dan beg.
3. Jahitan Sulaman




Sesuatu hiasan boleh dijahit dengan mata jahitan sulaman untuk mendapatkan satu motif yang menarik. Motif yang hendak dihasilkan boleh dijahit dengan hanya satu rupa mata jahitan seperti gambar yang dihasilkan dengan mata jahitan silang pangkah. Kombinasi dua atau lebih mata jahitan sulaman boleh diaplikasikan untuk menghasilkan satu motif yang menarik. Mata jahitan sulaman juga boleh diguna bersama tampal hias supaya hiasan menjadi lebih kreatif.
4. Kuilting




Kuilting ialah corak yang timbul yang dihasilkan daripada tiga lapisan fabrik dilapik dengan wadding atau span nipis di tengah-tengah dan dilapis dengan sehelai kain di sebelah belakang lalu dijahit ketiga-tiga lapisan tersebut.

Labels: Jahitan 0 comments
« Newer Posts Older Posts »
Subscribe to: Posts (Atom)

Selamat Datang

ke Blog Cikgu Normah

Tentang blog

Cikgu Normah
Tanjung Malim, Perak, Malaysia
Blog ini memberi maklumat tentang kemahiran hidup pilihan 1,2,3 yang merangkumi kemahiran masakan, jahitan, sains pertanian, elektrik&elektronik, perniagaan dan sebagainya.
View my complete profile

Kategori

  • Elektrik dan Elektronik (1)
  • Jahitan (3)
  • Masakan (2)
  • Sains Pertanian (1)

Blog Archive

  • ▼  2012 (10)
    • ▼  May (10)
      • 10 makanan anti kolestrol
      • Resepi KEK
      • Resepi Pilihan
      • video bacalah anakku
      • REZKI Jahitan
      • Jahitan
      • Masakan
      • Jenis Jahitan
      • Elektrik dan Elektronik
      • Sains Pertanian
Normah Mahamud. Powered by Blogger.

Blog Archive

  • ▼  2012 (10)
    • ▼  May (10)
      • 10 makanan anti kolestrol
      • Resepi KEK
      • Resepi Pilihan
      • video bacalah anakku
      • REZKI Jahitan
      • Jahitan
      • Masakan
      • Jenis Jahitan
      • Elektrik dan Elektronik
      • Sains Pertanian

Total Pageviews

Carian dalam Blog

WEBSITE

  • KPM
  • UPSI PORTAL

Followers

JAM

Clock Widgets
Copyright (c) 2012 Kemahiran Hidup. Design by Template Lite
Download Blogger Templates And Directory Submission.